KPS 3014 : Pembelajaran berasaskan Sumber

   Pusat sumber ialah tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan dan bahan kepada guru dalam membantu mereka memudahkan proses pelajaran dan pembelajaran. Kewujudan pusat sumber merupakan faktor nombor satu yang boleh membantu pelajar lebih mudah memahami apa yang mereka pelajari. Pembelajaran berasaskan sumber boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah, kompenan dan dasar. Berikut menerangkan kategori-kategori tersebut.

1) Kaedah Pembelajaran Berasaskan Sumber

    Kaedah pembelajaran berasaskan pusat sumber memerlukan satu masa penuh dalam tempoh pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran melalui kaedah ini biasanya akan mengambil masa yang lama. Selain itu, kaedah pembelajaran ini kerap berpusatkan kepada murid, dimana guru hanya bertugas sebagai pembimbing. Sifat kepada kaedah pembelajaran ini bergantung dengan jenis tugasan yang diberikan oleh guru, iaitu berkumpulan atau individu.

2)Kompenan Pembelajaran Berasaskan Sumber

    Penggunaan buku teks, pencarian dari pelbagai bahan seperti internet, jurnal, buku dan latihan penyelesaian masalah adalah beberapa contoh kompenan pembelajaran berasaskan sumber. Semua perkara yang menjadi alat bantu guru menjalankan pelajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan sumber. Alat bantuan mendengar seperti speaker, radio dan projecter juga dikategorikan sebagai kompenan pembelajaran berasaskan sumber.

3)Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber

    Dasar pembelajaran pusat sumber mengetengahkan pembelajaran individu secara aktif, dimana semua pelajar perlu melibatkan diri mereka dalam sesi ini. Selain itu, pengajaran melalui kerja projek juga merupakan dasarnya. Hal ini kerana kebanyakan latihan dan pembentangan dari pelajar memang berpaksikan bahan dari sumber ini.

Rumusan
Secara amnya, pusat sumber banyak membantu pelajar dan guru dalam menjalankan peranan mereka di sekolah. Setiap barang, samada mudah ataupun susah bergantung dengan jenis aktiviti dan bahan yang digunakan. 

Link kepada kumpulan utama, PENGURUSAN SUMBER, terletak di bawah











    

Comments